Super User

Super User

Membangun kesejahteraan hidup rakyat yang berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan harus menjadi keutamaan perjuangan politik, sebagaimana juga gerakan-gerakan sosial. Kuasa politik dan pemerintahan bukanlah matlamat (not an end in itself). Ia hanyalah wahana bagi mendaulatkan hak rakyat dan menegakkkan keadilan serta membawa kesejahteraan kepada kehidupan manusia. Ahli-ahli politik tidak seharusnya hilang pertimbangan hingga dalam keghairahan mereka bersaing meraih kuasa politik, nasib rakyat tidak dihiraukan. Harus disedari bahawa kuasa politik bukan segala-galanya, hingga perlu direbut at all cost dan walaupun dengan mengorbankan prinsip dan nilai akhlak.  

Tagged under

Dalam kaitan inilah perlunya para senior memberikan kepercayaan dan laluan kepada angkatan muda dengan menyerahkan baton perjuangan kepada mereka.  Namun langkah tersebut tidak harus diertikan sebagai penamatan riwayat perjuangan satu generasi.   Perjuangan melaksanakan misi keislaman bukan sejenis kerjaya yang tamat dengan persaraan.  Perjuangan ini adalah bahagian daripada hidup,  berlanjut bersama denyut nadi, bersambung bersama degup jantung dan  hanya akan berhujung  dengan hembusan nafas terakhir.   Penubuhan Wadah adalah langkah strategik memperluas gelanggang, mempelbagai ragam persilatan.   

Tagged under

Pada 27 Jun 2013, Nadwah Ilmuan telah mengadakan Usrah Nadwah Siri Ke 3. Tajuk yang dibawa ialah “Tema-tema Utama Pemikiran Rashid Ghanoushi” dibentang oleh Dr Mazlee Malik dari UIAM, bertempat di Balai Seminar, Dato Dr Siddiq Fadzil.  Seramai 30 orang hadir terdiri dari ahli Nadwah dan mahasiswa.

Tagged under

Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS) kali ke – 7 telah berlangsung pada 7 – 8 September 2013 yang lalu di UNISEL, Shah Alam. Kali ini, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan amanat pimpinan dengan tema “Gerakan Islam dan Politik Perubahan: Optimis Dalam Waspada”. Pada tahun ini, Muktamar Nasional WADAH (MUKNAS) kali ke – 7 diadakan serentak bersama muktamar ABIM dan PKPIM sempena  seminar antarabangsa yang dianjurkan oleh ABIM di Dewan SUK, Shah Alam.

Tagged under
  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map