SELAMAT HARI GURU 2018 : “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.
Sekretariat Hal Ehwal Wanita (SALWA), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) mengucapkan ;
 
SELAMAT HARI GURU 2018
 
kepada semua warga PENDIDIK,
baik yang bergelar “guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah, professor”, dan sebagainya.
 
Sambutan Hari Guru pada tahun 2018 ini bertemakan “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”.
Tema ini dipilih bagi membuktikan peri pentingnya peranan guru sebagai agen dalam memperteguh transformasi pendidikan negara selaras dengan PPPM 2013-2025.
Guru memainkan peranan sebagai pemacu transformasi pendidikan dalam memastikan kejayaan dan aspirasi dasar-dasar transformasi negara tercapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru juga berperanan besar dalam menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan. [pendidik2u.my]
 
Pendidik berperanan untuk mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian pelajar secara menyeluruh dan seimbang yang akan mencorakkan masa depan negara, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tugas sebagai guru harus dilaksanakan dengan penuh amanah dan tanggungjawab, serta dengan penuh dedikasi dan cemerlang, kerana ia tugas yang sangat penting untuk membimbing dan membentuk pelajar agar menjadi insan seimang dari segi kognitif (intelektual), afektif (insaniah), dan psikomotor (kemahiran praktikal).
 
Gersang bumi tanpa hujan,
Gersang akal tanpa ilmu,
Gersang hati tanpa iman,
Gersang jiwa tanpa amal.
 
Akal perlu dipandu dengan ilmu, dan hati dibimbing dengan iman. Namun ilmu yang tinggi akan sia-sia jika tidak diamalkan, dengan berpandukan iman. Justeru, kita seharusnya menekankan kepada pendidikan bersepadu yang bukan sahaja bermatlamatkan pencapaian akademik semata-mata, tetapi lebih menitik beratkan pembinaan peribadi berpaksikan keimanan dan prinsip nilai dan akhlak. Pendidikan WATAK harus diberi penekanan seiring dengan pendidikan OTAK.
 
Jika dilihat dalam konteks yang lebih luas, setiap kita adalah pendidik, dan harus berperanan untuk mendidik anak bangsa dengan menyampaikan ajaran yang baik, sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w.,
“Sampaikanlah dariku walaupun hanya satu ayat.”
 
Setinggi penghargaan kepada semua guru dan pendidik yang tidak pernah jemu menyumbangkan tenaga, menyampaikan ilmu, dan mendidik anak bangsa. Semoga semua ilmu yg dicurahkan bermanfaat dan menjadi amal soleh sebagai bekalan kita di akhirat kelak.
 
Selamat Hari Guru 2018.
 
Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Naib Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
Read 178 times
  • Terkini
  • Popular
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…
  • 2 April 2017, AHAD - Bengkel Training…
  • 1 April 2017, Sabtu - 2 program…
  • RAMADAN MUBARAK!SELAMAT BERPESTA IBADAH, BERLUMBA SEDEKAH. "…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map