IJTIMAK HARAKIY WADAH-ABIM-PKPIM KALI KE-5

OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Ijtimak Harakiy WADAH-ABIM-PKPIM kali ke-5 bertempat di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 13 hingga 15 Oktober yang lalu. Perhimpunan tahunan tiga jamaah dari tiga generasi ini telah mengumpulkan ahli dan aktivis dari 14 buah negeri termasuklah badan dan agensi gabungan seluruh Malaysia.

Sesi perasmian Ijtimak Harakiy telah berlangsung pada pagi Sabtu, 14 Oktober dengan dihadiri oleh wakil-wakil agensi, guru-guru Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), wakil NGO dan ahli politik dari pelbagai latar.

Ucapan Dasar Presiden PKPIM dan ABIM serta Amanat Pimpinan WADAH telah disampaikan oleh ketiga-tiga Presiden persatuan dengan penuh semangat; iaitu Sdr. Khair b. Sujud (Presiden PKPIM), Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM) & Tn. Hj. Ahmad Azam Ab Rahman (Presiden Wadah).

Seminar Politik Islam dan Demokrasi yangdiadakan pada hari kedua himpunan (14 Oktober 2017, Sabtu) menampilkan panelis-panelis yang pakar dan mahir dalam bidang masing-masing. Seminar ini diadakan bagi meneliti dinamisme hubungan dan penyesuaian politik Islam dan demokrasi, menilai pencapaian serta cabaran masa depan ke arah membina masyarakat Malaysia yang sejahtera. Antara objektif seminar adalah :

1. Meninjau perkembangan terkini wacana politik Islam dan demokrasi serta cabaran masa depan.

2. Menilai pencapaian hubungan dan permasalahan politik Islam dan demokrasi di dunia Islam semasa.

3. Merangka strategi dan pendekatan terbaik menjadikan demokrasi wasilah bagi pencapaian cita-cita politik Islam dalam konteks masa kini.

Sesi seminar dimulakan dengan ucaptama daripada Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Ketua Majlis Istisyari Wadah (MIW) dengan tajuk 'Politik Islam dan Demokrasi : Memahami Aspirasi Muslim Demokrat'. Seterusnya, sesi pertama seminar dengan tajuk 'Politik Islam dan Demokrasi: Ke Arah Membina Malaysia Sejahtera' dimulakan dengan menampilkan 4 orang panelis iaitu ;

1. YB Dato Kamarudin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

2. YB Dato Husam Musa (Naib Presiden AMANAH)

3. YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR)

4. YB Liew Chin Tong (Ahli Parlimen Kluang)

Prof. Dr Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan (MSK) menjadi moderator bagi sesi pertama seminar ini.

 

Sesi kedua seminar diteruskan pada sebelah petang dengan tajuk 'Politik Islam dan Demokrasi: Pencapaian dan Cabaran'. Moderator bagi sesi ini ialah Dr.Zulkifli b. Hassan (USIM) ditemani 3 orang panelis iaitu;

1. Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani (UUM)

2. Prof Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain (UPM)

3. Dr Norazlan Hadi Yaacob (UPSI)   

Majlis diakhiri dengan ucapan Resolusi Seminar daripada Pengarah Seminar, Dr. Muhamad Razak Idris dan ucapan penutup daripada Prof. Dato' Dr. Redzuan Othman, Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan (MSK).  

Pada sebelah malam, Majlis Makan Malam Kemanusiaan telah diadakan dengan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, YB. Mohamad Azmin b. Ali serta wakil-wakil dari pelbagai NGO Kemanusiaan dan aktivis sosial. Sumbangan untuk tabung kemanusiaan telah disampaikan pada malam tersebut bagi tujuan misi-misi kemanusiaan akan datang yang akan dijalankan oleh Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Malaysia Lifeline for Syria (MLLfS). 

Read 14 times
  • Terkini
  • Popular
  • Resolusi Seminar Politik Islam dan Demokrasi Ijtimak…
  • Sistem Nilai Islam Dalam Era Pascamoden Dan…
  • 12 Julai 2017, GOMBAK - Alhamdulillah selesai…
  • Pernyataan Sikap ISU LARANGAN MENUTUP AURAT PEKERJA…
  • Pernyataan Wadah sempena Hari Kemerdekaan ke-60 dan…
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • GOMBAK - Tanggal 23 Ogos 2014, telah…
  • Wadah dengan kerjasama UNIW Malaysia dan Yayasan…
  • IPOH, Perak - Pada 16 Januari 2016,…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map