Aktiviti Wadah (17)
18 Mei 2022, PULAU PANGKOR - Dato' Hj. Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden WADAH telah hadir berkongsi ilmu mengenai Wawasan Ummatik dan perjuangan pembebasan Al Fatih bersama para pegawai Polis Perak, anjuran Jabatan Mufti Negeri Perak dengan kerjasama Polis Di-Raja Malaysia (PDRM). Pengisian telah diberi dalam Program Kepimpinan Al-Fatih yang telah diadakan di Coral Bay Resort, Pulau Pangkor, Perak.
Moga ada manfaatnya.


Perginya permata dakwah, pencatat sejarah Jamaah, Mohd Asri Abdul, 63 tahun pada 17 Mei 2022.







Jabatan Agama Islam Perak, muka surat 3 & 4
Ustaz Siddiq Fadzil merupakan seorang tokoh murabbi dan ulama’ yang dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak pada tahun 1427 Hijrah (2006 Masihi), dan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada tahun 1440 Hijrah (2018 Masihi). Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Ustaz Siddiq Fadzil dilantik sebagai anggota Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak selama dua puluh tahun; dari tahun 1991 sehingga 2011; dan dikurniakan Darjah Paduka Mahkota Perak pada tahun 2001, dan sering dijemput menyertai majlis-majlis wacana ilmu di negeri Perak. Mudah-mudahan khazanah ilmu dan gagasan idea yang ditinggalkan, menjadi semangat dan azimat untuk kita terus semarakkan.
Kepada Allah SWT kita pohonkan doa, agar segala khidmat dan jasa bakti Ustaz Dato’ Dr. Siddiq Fadzil diterima sebagai amal soleh; semoga roh Allahyarham dilimpahi sebesar-besar rahmat dan ditempatkan bersama roh para anbia’, siddiqin, syuhada’ dan solihin, di samping mendoakan agar ahli keluarga Allahyarham diberikan kesabaran dan kekuatan, ketabahan dan keredhaan menghadapi ujian Ilahi."









More...
Sekretariat Wadah turut merai ulang tahun ke-49 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang akan disambut pada 6 Ogos ini.
Moga ABIM terus berbakti dan memberi manfaat pada umat seluruhnya.

Fahami hikmah dan akhlaq dalam mendepani wabak CoViD19 sebagai seorang Muslim.
4 Mac 2020, KUALA LUMPUR - SALWA WADAH telah menghadiri forum anjuran LPPKN dan UNICEF bertempat di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur. Forum ini diadakan sebagai platform perbincangan mengenai keibubapaan, SRH dan program-program berkaitan sebagai sistem sokongan keluarga masa kini. SALWA WADAH telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir selaku Naib Presiden WADAH serta 2 orang Exco SALWA Pusat iaitu Pn. Hjh Adibah Ahmad serta Pn. Norazizah Abd Aziz.
Turut hadir sama, Dr. Hishamuddin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) LPPKN serta Marianne Clark-Hattingh, wakil UNICEF ke Malaysia. Antara yang memberi pengisian dalam forum ini ialah Dr. Jamie M. Lachman (Maestral International and University of Oxford), Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj (Pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) & Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)) dan En. Zaid Mohamad(Certified Parental Coach).
Dr. Abdul Halim El-Muhammady
Usrah Wadah Anjung Rahmat telah memasuki tahun ketiga. Ia merupakan kumpulan ahli usrah ABIM Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya sebelum ini. Ahli usrah Anjung Rahmat terdiri daripada 35 orang ahli yang kebanyakannya merupakan suami/isteri ahli. Memandangkan Wadah adalah lanjutan daripada usrah ABIM yang diasaskan sejak awal, di mana usrah pengisiannya terdiri daripada tiga elemen utama sebagai memenuhi tuntutan Hadith:
“Menuntut ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.”
Pertama: Pengisian ilmu ada tiga aspek yang ditekankan iaitu sumber syariah, memahami al-Qur’an dan Hadith.
Kedua: memahami ilmu asas Islam seperti fiqh, aqidah dan tasawwuf sebagai asas pembinaan sahsiah dari sudut daya fikir, daya amal dan kesedaran amalan hati, akhlak dan amalan zahir.
Ketiga: aspek kerohanian, amalan berbuka puasa sunat bersama, solat maghrib dan isya’ berjamaah, membaca ma’thurat kubra secara berjamaah dan melaksanakan qiyam al-lail di masjid sekitar setiap tiga bulan sekali.
Keempat: pembinaan fiqh harakah dimulai dengan sirah Rasulullah s.a.w diikuti dengan buku-buku gerakan dan pemikiran semasa dari pimpinan pusat dan penceramah-penceramah jemputan yang memberi pencerahan isu-isu semasa.
Kelima: sebagai sebuah gerakan, maka ahlinya dibekalkan dengan pemikiran islah masyarakat dari sudut kefahaman melalui fiqh harakah dan cara pelaksanaannya.
Ahli usrah dilibatkan untuk islah masyarakat dengan tiga kegiatan di lapangan:
- Perbincangan ilmiah isu-isu semasa:
- Mengadakan perbincangan ilmiah sebanyak tiga kali setahun melalui kolokium dan seminar. Hasil perbincangan ini dibukukan. Siri pertama kolokium, perbincangan tentang perundangan. Sebuah buku telah diterbitkan bertajuk, “Amalan Semasa Perundangan Islam di Malaysia 2018.”
- Siri kedua pada tahun 2019, perbincangan tentang pendidikan Islam dan sekular, bidang sastera dan sains. Dua kolokium telah diadakan dan baki satu lagi akan diadakan pada bulan September hadapan. Hasil kolokium ini akan diterbitkan. Program ini dengan kerjasama institusi luar, kolej dan universiti. Usrah juga turut mengeluarkan Buletin dua kali setahun; setiap enam bulan sekali.
- Penglibatan dalam ekonomi. Ada kumpulan yang terlibat dengan perusahaan penanaman nanas, usahasama dengan masyarakat setempat.
- Usaha pembelian kedai di pusat Bandar Baru Bangi untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang memerlukan pejabat untuk urusan perniagaan mereka yang sewanya mampu dibayar. Usaha ini juga untuk membantu kewangan jamaah dan ahli jamaah serta menambah aset orang Islam. Projek ini mengambil contoh projek Tahfiz ABIM Bandar Baru Bangi yang telah diswastakan dan telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan, dengan gaji kakitangan setara dengan ejensi-ejensi kerajaan, mendapat bonus sebulan gaji dan kemudahan kebajikan yang lain, di samping ABIM Daerah meraih pendapatan RM30,000 setahun.
- Terlibat dalam pembangunan dengan membangunkan bangunan untuk keperluan jamaah dan institusi jamaah.
- Pendedahan kepada masyarakat tentang amalan kerohanian melalui Program Ihya’ Masjid empat kali setahun. Setiap tiga bulan, pengisian solat hajat, tasbih, tahajjud dan witir serta kuliah Subuh.
- Mewujudkan halaqah tadabbur al-Qur’an. Masa untuk menghabiskan bacaan al-Qur’an satu juzu’ setiap hari. Khatam dalam masa enam minggu dan aspek kefahaman kandungan dan huraian istilah tatabahasa dan pengajaran.
- Membina kesedaran tentang perkembangan semasa politik negara dan sumbangan dalam pemikiran, tenaga dan kewangan, termasuk gerakan Islam dan politik negara Islam.
Ini merupakan di antara program islah yang digerakkan oleh Usrah Anjung Rahmat. Usrah yang tidak disertai dengan program islah masyarakat dari sudut pembangunan sahsiah, diri, ilmu, ekonomi dan politik serta sosial akan hilang ciri-ciri harakahnya. Dengan program ini dapat menzahirkan ciri-ciri penghayatan pemikiran dan amalan harakah dalam pengertiannya yang sebenar.
by Dr.Abdul-Munim Sombat Jitmoud
Gambar bersama Dr. Abdul Munim
Have compassion and forgiveness when it hurts the most! FORGIVENESS is the GREATEST GIFT in Islam while it hurts the most. Being able to forgive those who wronged you-is a mark of spiritual strength and confidence in your faith (Islam). When you forgive, you grow and your heart begins to heal with Allah's help!
STAY AWAY from 3 things : Drugs, Alcohol & bad friends.
A TRUE FRIEND is someone who mentions ALLAH to you in your PRESENCE. A true friend is someone who mentions you to ALLAH in your ABSENCE.
If you have ALLAH, you HAVE IT ALL.
17 December 2019
Sg. Ramal Dalam
Sedang berlangsung Konvensyen SToP Kebangsaan di Auditorium Hospital Pengajar UPM. Ayuh, masih sempat untuk menghadirkan diri ke sana.
Tn. Hj. Ahmad Azam, Presiden WADAH Pencerdasan Umat Malaysia sedang menyampaikan amanat pimpinan sempena Muktamar Nasional Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) BACC, Kajang 25 - 27 Oktober 2019.
7 September 2019, GOMBAK - Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri sempat berkunjung ke pameran #SToP pada Hari Produktiviti Bersama Komuniti dan Majlis Peluncuran Buku #AWASpada (AWAS Media Sosial dan Permainan Dalam Talian) di Univeriti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Dalam ucapan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah menyatakan kebimbangan beliau tentang kesan penggunaan internet yang ekstrem hingga menyebabkan ketagihan serta mengancam kesihatan fizikal dan mental.
1 Mei 2019, SG. RAMAL DALAM - Alhamdulillah, telah berlangsung majlis Sarapan Amal & Bicara Ambang Ramadhan pada pagi ini dihadiri seramai lebih 300 para penyumbang, pimpinan dan ahli WADAH-ABIM-PKPIM. Majlis ini merupakan anjuran bersama Pusat Infaq Wadah (PIW), JK Dana serta JK Keahlian WADAH Pusat. Prof. Dato' Dr Siddiq Fadzil telah menyampaikan Bicara Ambang Ramadhan di mana beliau menekankan peri pentingnya infaq dalam kehidupan seorang Muslim serta menggalakkan masyarakat khususnya ahli WAP untuk menyumbang dalam kerja-kerja dakwah dan kebaikan melalui agensi WAP sedia ada.
3 November 2018, SEREMBAN - Alhamdulillah, tim #SToP Salwa Wadah telah dapat berpartisipasi bersama dalam Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2018 bertempat di Pusat Keluarga LPPKN, Seremban 2, N. Sembilan. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
- 1
- 2
- Terkini
- Popular
-
PRESIDEN WADAH MENGISI PROGRAM KEPIMPINAN AL-FATIH POLIS DIRAJA MALAYSIA NEGERI PERAK
18 Mei 2022, PULAU PANGKOR - Dato' Hj. Ahmad Azam… -
PEMERGIAN HJ MOHD ASRI ABDUL, PENCATAT SEJARAH JAMAAH
Perginya permata dakwah, pencatat sejarah Jamaah, Mohd Asri Abdul, 63… -
KUNJUNGAN WADAH KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
23 Mei 2022, KUALA KANGSAR - Rombongan WADAH diketuai oleh…
-
MARI BERSAMA ISLAH NEGARA, JAYAKAN CITA-CITA MERDEKA
KENYATAAN MEDIA 31 Ogos 2021 WADAH PENCERDASAN UMAT MALAYSIA (WADAH)… -
ALHAMDULILLAH! AYASOFYA KEMBALI SEMULA SEBAGAI MASJID
S I A R A N M E D I… -
MOHON BERTENANG, AKUR KEPUTUSAN AGONG, BIAR PARLIMEN MEMUTUSKAN
1. WADAH menyeru agar semua pihak bertenang, elak melakukan sesuatu…