Print this page

SEMINAR PEMIKIRAN TAJDID DR. MUHAMMAD IMARAH (1931-2020)

[WEBINAR NADWAH ILMUWAN ABIM]

SEMINAR PEMIKIRAN TAJDID DR. MUHAMMAD IMARAH (1931-2020)

?️ Tarikh: 9hb Mei 2020 (SABTU)

Masa: 9.30am - 12:30 pm (Seminar bermula)

(Webinar dibuka dan persediaan berkaitan bermula dari jam 9:00 pagi)

PENDAFTARAN: Sila klik pautan aplikasi WEBINAR ZOOM berikut

https://us02web.zoom.us/…/register/WN_9JiE9FOOQ3qfxug68Zy7kg

(Pautan/Link Webinar, ID dan kata laluan akan diemelkan selepas mendaftar)

Dr Muhammad Imarah berasal dari Mesir dan berkhidmat sebagai Profesor di Universiti al-Azhar telah meninggalkan khazanah ilmu dan pemikiran yang amat luas dan berharga terutama bagi mengatasi isu-isu kemunduran ummah masa kini serta pelbagai syor bagi memacu kembali kegemilangan tamadun Islam di masa depan. Dr Muhammad Imarah adalah seorang tokoh mufakkir Islami yang amat berjasa dan kebanggaan seluruh ummah. Beliau telah meninggal dunia pada 29 Febuari 2020 yang lalu. Seminar ini bertujuan menghargai dan mengangkat ketokohan ilmu, metod dan tema-tema utama pemikiran tajdid - pembaharuan peradaban Islam ( tajdid al-hadhari) oleh Allahyarham Dr Muhammad Imarah.

ATURCARA SEMINAR

9:00 pagi - Pra-webinar

9:15 pagi - Aluan oleh Dr Muhamad Razak Idris, Pengarah Seminar

9:30 pagi - Aluan oleh Sdr Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM

9:45 pagi - Ucapan Pembukaan Prof. Dato Dr Redzuan Othman, Naib Canselor UNISEL merangkap Pengerusi Nadwah Ilmuwan ABIM.

Sesi 1 - 10:00 - 10:30 pagi

---------------------------

Tajuk: Biografi Dr Muhammad Imarah dan Sumbangannya Dalam Bidang Keilmuan Islam

Oleh: Prof Madya Dr Rumaizuddin Mohd Ghazali, Pensyarah, Universiti Sains Islam Malaysia.

Sesi 3 - 10:30 - 11:00 pagi

---------------------------

Tajuk: Metodologi Pemikiran Islam Dr Muhammad Imarah

Oleh: Dr Muhd Kamil Abd Majid, Pengerusi, Yayasan Usuluddin Malaysia.

Sesi 3 - 11:00 - 11:30 pagi

---------------------------

Tajuk: Tema-Tema Pemikiran Tajdid Dr Muhammad Imarah

Oleh: Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi, ICMA Malaysia.

Sesi 4: 11:30 - 12:30 tengahari

Soal Jawab

Sesi 5: 12:30 tengahari

Rumusan Penutup

Oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, Presiden WADAH

--------------------------------------------------------------------------------

Sila daftar di pautan aplikasi WEBINAR ZOOM. Anda akan menerima maklumat WEBINAR setelah mendaftar. Sila gunakan pautan ZOOM, ID dan Kata Laluan yang diberikan melalui emel untuk mengakses WEBINAR pada hari kejadian. Maklumat lanjut sila emel kepada: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau whatsapp: +0196552574 (Dr. Razak) / +0197370837 (Arifin).

Read 226 times Last modified on Friday, 08 May 2020 02:58