Print this page

SALWA WADAH SERTAI FORUM PARENTING AND SEXUAL REPRODUCTIVE HEALTH (SRH)

4 Mac 2020, KUALA LUMPUR - SALWA WADAH telah menghadiri forum anjuran LPPKN dan UNICEF bertempat di Ritz Carlton Hotel, Kuala Lumpur. Forum ini diadakan sebagai platform perbincangan mengenai keibubapaan, SRH dan program-program berkaitan sebagai sistem sokongan keluarga masa kini. SALWA WADAH telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir selaku Naib Presiden WADAH serta 2 orang Exco SALWA Pusat iaitu Pn. Hjh Adibah Ahmad serta Pn. Norazizah Abd Aziz.

Turut hadir sama, Dr. Hishamuddin Mohd Hashim, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) LPPKN serta Marianne Clark-Hattingh, wakil UNICEF ke Malaysia. Antara yang memberi pengisian dalam forum ini ialah Dr. Jamie M. Lachman (Maestral International and University of Oxford), Prof. Datuk Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj (Pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) & Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)) dan En. Zaid Mohamad(Certified Parental Coach).

Read 464 times Last modified on Monday, 09 March 2020 08:29