wrapper

Pengumuman

USRAH ANJUNG RAHMAT

 

Dr. Abdul Halim El-Muhammady

 

Usrah Wadah Anjung Rahmat telah memasuki tahun ketiga. Ia merupakan kumpulan ahli usrah ABIM Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya sebelum ini. Ahli usrah Anjung Rahmat terdiri daripada 35 orang ahli yang kebanyakannya merupakan  suami/isteri ahli. Memandangkan Wadah adalah lanjutan daripada usrah ABIM yang diasaskan sejak awal, di mana usrah pengisiannya terdiri daripada tiga elemen utama sebagai memenuhi tuntutan Hadith:

“Menuntut ilmu dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.”

Pertama: Pengisian ilmu ada tiga aspek yang ditekankan iaitu sumber syariah, memahami al-Qur’an dan Hadith.

Kedua: memahami ilmu asas Islam seperti fiqh, aqidah dan tasawwuf sebagai asas pembinaan sahsiah dari sudut daya fikir, daya amal dan kesedaran amalan hati, akhlak dan amalan zahir.

Ketiga: aspek kerohanian, amalan berbuka puasa sunat bersama, solat maghrib dan isya’ berjamaah, membaca ma’thurat kubra secara berjamaah dan melaksanakan qiyam al-lail di masjid sekitar setiap tiga bulan sekali.

Keempat: pembinaan fiqh harakah dimulai dengan sirah Rasulullah s.a.w diikuti dengan buku-buku gerakan dan pemikiran semasa dari pimpinan pusat dan penceramah-penceramah jemputan yang memberi pencerahan isu-isu semasa.

Kelima: sebagai sebuah gerakan, maka ahlinya dibekalkan dengan pemikiran islah masyarakat dari sudut kefahaman melalui fiqh harakah dan cara pelaksanaannya.

Ahli usrah dilibatkan untuk islah masyarakat dengan tiga kegiatan di lapangan:

  1. Perbincangan ilmiah isu-isu semasa:
  2. Mengadakan perbincangan ilmiah sebanyak tiga kali setahun melalui kolokium dan seminar. Hasil perbincangan ini dibukukan. Siri pertama kolokium, perbincangan tentang perundangan. Sebuah buku telah diterbitkan bertajuk, “Amalan Semasa Perundangan Islam di Malaysia 2018.”
  3. Siri kedua pada tahun 2019, perbincangan tentang pendidikan Islam dan sekular, bidang sastera dan sains. Dua kolokium telah diadakan dan baki satu lagi akan diadakan pada bulan September hadapan. Hasil kolokium ini akan diterbitkan. Program ini dengan kerjasama institusi luar, kolej dan universiti. Usrah juga turut mengeluarkan Buletin dua kali setahun; setiap enam bulan sekali.
  4. Penglibatan dalam ekonomi. Ada kumpulan yang terlibat dengan perusahaan penanaman nanas, usahasama dengan masyarakat setempat.
  5. Usaha pembelian kedai di pusat Bandar Baru Bangi untuk membantu peniaga-peniaga kecil yang memerlukan pejabat untuk urusan perniagaan mereka yang sewanya mampu dibayar. Usaha ini juga untuk membantu kewangan jamaah dan ahli jamaah serta menambah aset orang Islam. Projek ini mengambil contoh projek Tahfiz ABIM Bandar Baru Bangi yang telah diswastakan dan telah berjaya menjana pendapatan yang lumayan, dengan gaji kakitangan setara dengan ejensi-ejensi kerajaan, mendapat bonus sebulan gaji dan kemudahan kebajikan yang lain, di samping ABIM Daerah meraih pendapatan RM30,000 setahun.
  6. Terlibat dalam pembangunan dengan membangunkan bangunan untuk keperluan jamaah dan institusi jamaah.
  7. Pendedahan kepada masyarakat tentang amalan kerohanian melalui Program Ihya’ Masjid empat kali setahun. Setiap tiga bulan, pengisian solat hajat, tasbih, tahajjud dan witir serta kuliah Subuh.
  8. Mewujudkan halaqah tadabbur al-Qur’an. Masa untuk menghabiskan bacaan al-Qur’an satu juzu’ setiap hari. Khatam dalam masa enam minggu dan aspek kefahaman kandungan dan huraian istilah tatabahasa dan pengajaran.
  9. Membina kesedaran tentang perkembangan semasa politik negara dan sumbangan dalam pemikiran, tenaga dan kewangan, termasuk gerakan Islam dan politik negara Islam.

Ini merupakan di antara program islah yang digerakkan oleh Usrah Anjung Rahmat. Usrah yang tidak disertai dengan program islah masyarakat dari sudut pembangunan sahsiah, diri, ilmu, ekonomi dan politik serta sosial akan hilang ciri-ciri harakahnya. Dengan program ini dapat menzahirkan ciri-ciri penghayatan pemikiran dan amalan harakah dalam pengertiannya yang sebenar.

Read 129 times Last modified on Friday, 27 December 2019 04:11

Info Wadah

Penubuhan WADAH adalah dengan hasrat untuk memperkasa umat melalui usaha meningkatkan ilmu, kecerdasan dan daya fikir mereka terutama dalam memahami agama Islam serta dalam menanggapi persoalan-persoalan penting yang dihadapi dalam masyarakat. 

Alamat Perhubungan

No 23A-2-2A, Tingkat 2 Jalan Medan Pusat Bandar 2A,  Bandar Baru Bangi, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
 
Telefon: 603-8920 2142
Faks: 603-8912 2346
E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 
 

 

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family