A+ A A-

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/wadahorg/public_html/components/com_k2/models/item.php on line 763

Sembah Tahunaih Titah Ucapanan Ke Bawah DYMM Yang Dipertuan Agong XV

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) menzahirkan sembah tahniah atas titah ucapan Ke bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dalam perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kedua Parlimen.

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) merasakan bahawa titah ucapan Baginda tersebut tepat pada masanya dan sesuai dengan dengan kedudukan DYMM al-Sultan sebagai Ketua Agama yang berperanan memelihara keharmonian dan kesejahteraan umat Islam dalam negara pelbagai kaum dan agama.

Sesungguhnya Wadah berpandangan selaras dengan kepelbagaian kaum,agama dan budaya sejak sebelum merdeka lagi usaha kerajaan telah berusaha mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan rahmatan-lil-alamin yang dilihat sesuai dijadikan panduan beserta dengan aplikasi konsep Maqasid al-Syariah.

Pendekatan Islam Rahmatan Lil Alamin amat releven dalam suasana agama Islam sebagai role model kepada negara-negara Islam yang lain di seluruh dunia. Malaysia telah menjadi negara Islam contoh kepada masyarakat dunia, maka amat tepatlah pendekatan ini menjadi model terbaik kepada umat Islam di negara-negara lain.

Wadah berpandangan bahawa pendekatan ekstrem dan mengambil jalan keras dalam menangani pelbagai isu dalam negara adalah tidak sesuai kerana ianya tidak memberi keuntungan kepada mana-mana pihak. Formula hidup secara aman dalam berbagai bangsa (co-existence) serta berkongsi kejayaan dalam membawa negara adalah contoh yang perlu diperkukuh bagi menuju kecemerlangan Malaysia.

Wadah juga menggesa agar pihak kerajaan akan terus menjadikan agenda Islam Rahmatan lil Alamin sebagai teras dalam melaksanakan dasar-dasar negara demi kebaikan rakyat pelbagai kaum. Pemerkasaan budaya dialog dan kerjasama baik antara pelbagai kaum dalam negara akan dapat diperkukuh disamping mempertahankan perlembagaan negara yang menjadi teras keutuhan bangsa dan agama.

Dengan titah KBDYMM Al-Sultan akan memberi panduan kepada seluruh rakyat dibawah payung baginda dengan memperkukuh ajaran Islam di negara ini manakala agama-agama lain mesti dihormati demi keharmonian dan akan terus mendapat barakah dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Daulat Tuanku.


Hasri Harun
Naib Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)


Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/wadahorg/public_html/templates/gk_magazine/html/com_k2/templates/default/item.php on line 136