Pengenalan Anjung Rahmat

 

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) telah ditubuhkan untuk :

   1. Mengembleng tenaga da'ie bagi melaksanakan program-program dakwah secara lebih terpadu.

   2. Menyediakan ruang bagi melatih tenaga-tenaga dakwah yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah.

   3. Menjadi wahana bagi melaksanakan program-program dakwah dan kesedaran sosial yang dapat meningkatkan rasa tanggungjawab masyarakat terhadap agama, bangsa dan negara.

 

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, WADAH telah membangunkan Pusat Dakwah dan Tarbiah yang kini dikenali dengan nama 'Anjung Rahmat'. Dibina di atas sebidang tanah berukuran lebih kurang 1,045 meter persegi (11,248 kaki persegi) di Lot 2996, Persiaran Makmur, Sg. Merab Luar, Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk :

   1. Menganjurkan program latihan bagi tenaga penggerak masyarakat dan sukarelawan agar lebih kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas dakwah,kesukarelawan dan kemanusiaan.

   2. Menyediakan kemudahan penginapan dan premis untuk tujuan sewaan kepada badan kerajaan atau NG0-NGO yang melaksanakan aktiviti pendidikan bukan formal atau peserta yang mengikuti latihan, di samping orang awam yang memerlukan kemudakan bilik inap.

   3. Menyediakan ruang bagi melaksanakan program pendidikan lanjutan kepada masyarakat setempat yang meliputi kuliah pengajian Islam, kursus/seminar kekeluargaan dan kesedaran sosial agar dapat meningkatkan rasa tanggungjawab nasyarakat kepada agama, bangsa dan negara.

 

Logo Anjung Rahmat.

 

 

Bangunan Anjung Rahmat di Sg. Merab. 

Read 343 times
  • Terkini
  • Popular
  • 2 November 2018 / 23 Safar 1440H…
  • 3 November 2018 Wadah Pencerdasan Umat Malaysia…
  • 10 Feb 2018, BANGI - Pusat Infaq…
  • EID MUBARAK 1439H
  • SUNGAI RAMAL- Bertempat di Dewan Syura Kolej…
  • PENGENALAN Pusat Infaq WADAH (PIW) telah ditubuhkan…
  • OKTOBER 2017 - Alhamdulillah, telah berlangsung dengan…
  • SEPANG - Majlis minum pagi bersama Presiden…
  • 17 Disember 2017, IPOH - Seminar Politik…

  

ALAMAT PERHUBUNGAN WADAH

Pejabat Wadah Bangi (PWB)

No 23A-2-2A, Tingkat 2,

Jalan Medan Pusat Bandar 2A,

Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan 

(Tel) 603-8920 1769 / 8920 2142
(Fax) 603-8912 2346
(E-mail) wadahpusat@gmail.com

LOKASI PEJABAT WADAH

View Larger Map